Large Hadron Collider dan Big Bang
Kali pertama aku dengar tentang Large Hadron Collider (LHC) pada tahun 2010. Ahli dalam forum TranungKite yang bagitau. Masa tu, tak silap kami bincang topik alam semesta. Tetiba ahli forum tu (aku masih ingat nickname dia.. Mena0L), sebut pasal LHC ni. Katanya lagi, pernah kerja dengan organinasi yang kendalikan LHC. Jadi, banyak juga la info yang kami dapat dari Mena0L ni. Khabarnya, LHC merupakan satu mesin pemisah zarah paling berkuasa dan terbesar di dunia. Mesin ni berbentuk terowong bulatan (circular tunnel). Ukurlilitnya saja 16.8 batu. Diameter 5.3 batu. Terletak di sempadan Perancis dan Switzerland. Bersebelahan dengan Tasik Geneva yang terkenal dengan kejernihan air dan keindahannya. LHC dibina dan dikendalikan oleh pasukan penyelidik dibawah organisasi bernama The European Organization of Nuclear Research (CERN). Dalam CERN, terdapat seramai 10,000 saintis dan jurutera bergabung tenaga bekerja sebagai satu pasukan, datang dari pelbagai negara. Forumer Mena0L tadi ad