Large Hadron Collider dan Big Bang

Kali pertama aku dengar tentang Large Hadron Collider (LHC)  pada tahun 2010. Ahli dalam forum TranungKite yang bagitau. Masa tu, tak silap kami bincang topik alam semesta. Tetiba ahli forum tu (aku masih ingat nickname dia.. Mena0L), sebut pasal LHC ni. Katanya lagi,  pernah kerja dengan organinasi yang kendalikan LHC. Jadi, banyak juga la info yang kami dapat dari Mena0L ni.

Khabarnya, LHC merupakan satu mesin pemisah zarah paling berkuasa dan terbesar di dunia. Mesin ni berbentuk terowong bulatan (circular tunnel). Ukurlilitnya saja 16.8 batu. Diameter 5.3 batu. Terletak di sempadan Perancis dan Switzerland. Bersebelahan dengan Tasik Geneva yang terkenal dengan kejernihan air dan keindahannya. LHC dibina dan dikendalikan oleh pasukan penyelidik dibawah organisasi bernama The European Organization of Nuclear Research (CERN). Dalam CERN, terdapat seramai 10,000 saintis dan jurutera bergabung tenaga bekerja sebagai satu pasukan, datang dari pelbagai negara. Forumer Mena0L tadi adalah salah seorang daripadanya. Okay la jugak ye.. ada wakil negara kita kat projek hebat bersaiz mega yang menelan belanja 10 bilion US dollar ni.. hehe.


Segah nama dan saiznya, mesin ni khusus direka untuk menghentam zarah. Zarah-zarah proton ditembak dari dua arah berlawanan, dengan pecutan hampir sama dengan kelajuan cahaya. Dibiarkan bertembung, berlanggar dan berkecai. Tujuan dirobek proton, agar dapat dilihat isi dalamnya oleh saintis-saintis yang membuat kajian tersebut. Katanya, antara tujuan mereka untuk mencari satu sub-zarah bernama 'higgs boson'. Higgs boson ni awalnya dipercayai memainkan peranan penting dalam 'memberi' jisim (mass) hingga 'melahirkan' segala benda di alam semesta. Sebab tu diorang gelar ianya 'partikel tuhan'.

Dengan kehendak yang Maha Kuasa, maka pada tanggal 4 July, 2012.. berteriak melompat riang sakan penghuni CERN, pabila instrument-instrument mereka yang dipasang pada LHC akhirnya dapat mengesan kehadiran partikel higgs. Tarikh keramat tersebut menyaksikan titik mula sejarah pemahaman puak teori big bang, di mana mengukuhkan lagi andaian mereka terhadap kepercayaan yang dianuti selama ini. Di mana, satu ketika dahulu, berbilion-bilion tahun lampau, asal mula kelahiran alam semesta yang seperti dilihat pada hari ini, adalah mulanya dari satu titik (singularity) kecil ketumpatan cahaya yang padu lagi amat panas. Ianya mula mengembang dengan kekuatan maha dahsyat.. 'meledak' bagi membentuk ruang dan masa. Pada ketika sub-sub partikel mula hadir dari asal cahaya inilah, mereka percaya, datangnya peranan partikel higgs tadi, mengikat sub-sub partikel lain, lalu membentuk zarah-zarah berjisim. Dari peringkat ini, mula membentuk pula segala isi benda berjasad yang mendiami segenap penjuru alam semesta.


Comments